LITAR KAWALAN TURUTAN DAN KOTAK FIUS AGIHAN (K.F.A)


LITAR KAWALAN TURUTAN DAN KOTAK FIUS AGIHAN (K.F.A)
Litar Kawalan Turutan
   - Ialah turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama dan litar akhir pengguna.
   -Kawalan turutan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian Pembekal dan bahagian Pengguna.

Bahagian Pembekal
  1. Fius perkhidmatan (cut out) dan Penghubung Neutral (neutral link)
  - berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan
    menghadkan arus pengguna.
  2. Jangka Kilo Watt Jam
  - berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang   digunakan bagi menetapkan kadar bayaran tarif.
GAMBAR 1: Bahagian Pembekal

  •  Bahagian Pengguna

1)KOTAK FIUS AGIHAN
Ialah sebagai 
perantaraan antara 
bahagian
pihak berkuasa
bekalan dengan
bahagian 
pihak pendawaian pengguna


Tempan 
penyimpanan Suis
utama, dan alat 
perlindungan untuk
litar pendawaian 
pengguna
Terdapat tiga 
peranti utama dalam K.F.A :-

  - Main Switch @ 
Suis Utama
  - RCCB(Residual 
Current Circuit 
Breaker ) @
    PLAB ( Pemutus
Litar Arus Baki )
  - MCB (Miniature
 Circuit Breaker )
 @ PLKA
    (Pemutus Litar
kecil Akhir)

Kotak Fius Agihan 3 fasa

Main Switch @ Suis Utama
•   Fungsi utama peranti ini ialah untuk menyambung dan memutuskan bekalan utama pada litar pendawaian pengguna
•   Terdapat dua saiz peranti ini iaitu 40A dan 63A untuk bekalan satu fasa 240V
•   Penentuan saiz peranti ini adalah bergantung kepada nilai Arus Anggaran keseluruhan litar ini melalui pengiraan faktor kepelbagaian.

RCCB @ ELCB
Fungsi utama peranti ini untuk memutuskan bekalan utama apabila berlaku kerosakan Arus Bocor Kebumi pada pendawaian pengguna atau alat pekakasan.
Arus bocor  kebumi ialah apabila berlaku sentuhan terus antara pengalir Live dan pengalir Bumi @ Dengan Bumi
Terdapat dua saiz peranti ini iaitu 40A dan 63A untuk bekalan satu fasa 240V
Penentuan saiz peranti ini adalah bergantung kepada nilai Arus Anggaran keseluruhan litar ini melalui pengiraan faktor kepelbagaian.

MCB @ PLKA
Fungsi utama peranti ini ialah untuk memutuskan bekalan pada litar akhir yang dikawal apabila berlaku kerosakan litar pintas atau Arus Beban Lebih (arus lampau) pada litar yang dikawal.
Litar Pintas Ialah sentuhan terus pengalir Live & Neutral
  tanpa beban yang boleh menghasilkan arus yang tinggi melebihi arus pengalir dan peranti ini.
Arus beban lebih pula apabila pemasangan beban yang terlalu banyak dan arus beban melebihi nilai arus pengalir dan peranti ini
Kadaran saiz peranti ini iaitu 6A hingga 63A.
Penentuan saiz peranti ini adalah bergantung kepada jenis litar yang dikawal @ nilai arus beban yang dikawal.
BINAAN MCB
1.Sebuah mekanisma pensuisan (a switching mechanism)
2.Sebuah alat pelantikan otomatik
3.Sebuah alat pemadam arka
4.Sesentuh tetap dan bergerak

MCB THERMAL


MCB DAWAI SEMULA


KEBAIKAN MCB
1.Ciri-ciri pelantikan beban lampau telah ditentukan oleh pihak pengeluar dan tidak boleh diubah-ubah
2.Keupayaan MCB boleh diuji, ditentukur atau ditempatkan semula (reset)
3.Litar-litar yang rosak begitu mudah dikenalpasti
4.Bekalan boleh dibekalkan dengan mudah dan segera, bila kerosakan telah diperbaiki
5.Tidak perlu dawai semula berbanding dengan fius dawai semula
Gambarajah Skematik Litar Kawalan Turutan


Gambarajah Kotak Fius Agihan


Ulasan

Catatan Popular