Sistem Pembumian

PEMBUMIAN

⏚   :Simbol Pembumian


MAKSUD PEMBUMIAN

  • Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan elektrik dengan jisim bumi .

TUJUAN PEMBUMIAN

  • Pembumian bertujuan untuk memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik dan kebakaran apabila arus bocor ke bumi mengalir ke bahagaian-bahagian logam yang boleh membawa arus.
⏚⏚⏚⏚⏚⏚

Pembumian secara am merangkumkan dua bahagian iaitu:
  1. Pembumian sistem
  2. Pembumian Peralatan

Pembumian Sistem

  Pembumian sistem dilakukan untuk sebab-sebab berikut:-

  • Mengasingkan sistem apabila berlaku kerosakan
  • Menghadkan perbezaan potensi diantara pengalir yang tidak bertebat di sesuatu kawasan.
  • Menghadkan berlakunya voltan berlebihan (over Voltage) dalam keadaan berbeza.

Pembumian Peralatan


    • Pembumian peralatan dilakukan untuk satu sebab tertentu iaitu perlindungan kepada manusia
    • Apabila peralatan dibumikan, ia memberikan satu laluan yang kurang rintangan ke bumi.
    • Kuasa elektrik akan mengalir ke bumi dan arus tidak mengalir ke badan jika tersentuh peralatan tersebut, kerana rintangan badan lebih tinggi daripada rintangan pengalir bumi.

    Ulasan

    Catatan Popular